RSS

REFORMASI ISLAM

03 Sep
REFORMASI ISLAM
 
 
Oleh
 
Wan Solehah al-Halbani
 
 
Temerloh, PAHANG DM
Salam,
 
 
Firman Allah : al-Imran 187
Dan (kenangilah) ketika Allah mengikat perjanjian dengan kaum ahlil kitab iaitu : ‘Hendaklah kamu menjelaskan kandungan kitab itu kepada manusia dan janganlah kamu menyembunyikannya’ lalu mereka melemparkan perjanjian itu ke belakang mereka dan mereka menukarkannya dengan harga yang sedikit alangkah kejinya tukaran yang dibuat oleh mereka.”  
 
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Hubungan ayat-ayat surah ini banyak memperkatakan tentang perbuatan-perbuatan dan perkataan-perkataan kaum ahlil kitab Yahudi. Perbuatan-perbuatan dan perkataan-perkataan mereka yang paling banyak ditonjolkan ialah perbuatan mereka menyembunyikan kebenaran yang diketahui mereka, juga perbuatan mereka mencampuradukkan kebenaran dengan kepalsuan dengan tujuan menimbulkan keraguan dan kekacauan terhadap konsep agama, terhadap kesahihan Islam, terhadap konsep persamaan asas dan dasar di antara agama Islam dengan agama-agama Samawi sebelumnya dan terhadap hakikat bahawa Islam membenarkan agama-agama Samawi sebelumnya dan agama Samawi sebelumnya membenarkan agama Islam.     
 
Firman Allah : an-Nisa 46
Di antara orang-orang Yahudi itu terdapat mereka yang mengubahkan kalam Allah daripada maksud-maksudnya yang sebenar. 
 
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Perbuatan mengubah kalam Allah daripada maksudnya yang sebenar supaya sesuai dengan kehendak nafsu itu adalah satu gejala yang dapat diperhatikan di kalangan ahli-ahli agama yang menyeleweng daripada agama mereka, iaitu di kalangan mereka yang menggunakan agama sebagai kerjaya/profesyen mencari makan untuk memenuhi selera pihak-pihak yang berkuasa di setiap zaman, juga untuk menyesuaikan dengan kehendak-kehendak orang ramai yang mahu melepaskan diri daripada agama. Dan orang-orang Yahudi memang pintar dalam bidang ini walaupun di zaman ini terdapat ahli-ahli agama profesyenel daripada Muslimin yang dapat menandingi perangai kaum Yahudi itu.
 
REFORMASI Islam adalah perancangan jahat kaum Yahudi dan orang-orang kafir Barat untuk merosakkan Agama Islam dan seluruh massa umat Islam kita di dunia ini. Ianya adalah satu gerakan yang menyeleweng, menyesat dan merosakkan Aqidah dan Pemikiran Islam daripada bentuknya yang asal dan sempurna, kepada bentuknya yang baru yang berkontradiksi dengan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Perubahan yang fundamental yang dibuat ke atas agama Islam oleh GERAKAN ISLAH atau GERAKAN PEMBAHARUAN ISLAM ialah mereka telah MEMISAH dan MENGELUARKAN aspek-aspek POLITIK, KERAJAAN, PEMERINTAHAN dan UNDANG-UNDANG daripada agama Islam kita dan daripada sistem kehidupan kita ini. Sekali gus ini juga bererti umat Islam kita yang mengimani, menganuti dan mengamalkan  agama Islam seperti ini telah mengeluarkan konsep-konsep Uluhiyah dan Rububiyah Allah daripada kehidupan kita yang bererti kita telah merosakkan pegangan dan amalan kita akan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang mengeluarkan kita daripada agama Allah.
 
Strategi yang paling efektif dalam mengoperasi dan menjayakan proses REFORMASI ISLAM ialah dengan MENYEMBUNYIKAN ayat-ayat al-Quran dan konsep-konsep Islam yang fundamental yang terkandung di dalamnya, seperti konsep-konsep Uluhiyah dan Rububiyah Allah, Nafi dan Isbat, al-Wala’ dan al-Bara’ dan konsep-konsep Jihad dan Perang dalam bentuk yang OFENSIF dalam Islam daripada diketahui dan disedari oleh kita, dan dengan MEMUTARBELITKAN pengertian-pengertian ayat-ayat tersebut dan ayat-ayat yang lain daripada DIFAHAMI oleh kita, agar kita sekelian ini kekal berpanjangan dalam kesesatan dan kebutaan, dan agar kita ini tidak berkemungkinan langsung untuk mencipta dan mengalami kebangkitan kembali. Inilah peringatan yang disampaikan Allah kepada kita melalui ayat-ayat al-Quran yang mulia seperti yang dipetikkan di atas ini.
 
Kerja-kerja menyembunyi dan memutarbelitkan ayat-ayat al-Quran dan segala konsep yang terkandung di dalamnya ini adalah dilakukan oleh para ulama dan intelak Islam kita sendiri yang sebenarnya bertindak sebagai agen-agen kepada Ahlil Kitab, musuh-musuh ketat kita yang tidak kunjung padam. Kesemuanya ini memudahkan musuh-musuh kita ini untuk mengeliru dan membingungkan kita serta untuk terus menerus melalai, mengalpa dan menguliti kita agar kita tidak akan menyedari bahawa agama Islam yang sedang kita imani, anuti dan amalkan ini, adalah sebenarnya agama yang baru, yang sememangnya telah diperbaharui, disesat dan dirosakkan, dan agar kita akan sentiasa kekal dalam kesesatan dan kerosakan serta dalam kekeliruan dan kebingungan buat selama-lamanya.
 
Seluruh umat Islam kita di dunia kini mengimani, menganuti dan mengamalkan agama Islam ajaran Yahudi yang dikembangkan oleh Abduh, justeru seluruh kita kini sudah tidak lagi mengamalkan peraturan dan undang-undang Allah, sebaliknya seluruh kita kini sedang mengamalkan peraturan dan undang-undang manusia, seluruh kita kini mentaati, mematuhi dan meredhainya, justeru seluruh umat Islam kita di dunia kini sedang berada dan bernaung di bawah Uluhiyah dan Rububiyah Manusia, kita mengabdikan manusia kepada kekuasaan manusia, kita menyembah manusia dan kita tidak lagi menyembah Allah dalam politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa – kesemuanya ini bererti kita telah beriman dengan Uluhiyah dan Rububiyah Manusia. Seluruh umat Islam kita di dunia kini telah terkeluar daripada agama Allah tanpa menyedarinya kerana keimanan kita kepada Uluhiyah dan Rububiyah Manusia itu bererti kita telah menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan aktif dan total terhadap Uluhiyah dan Rububiyah Allah yang merosakkan keimanan kita kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.  
Perjuangan kita yang paling utama sekali pada hari ini adalah untuk mengeluarkan seluruh umat Islam kita kini daripada berada di dalam agama Islam kita yang sesat dan rosak seperti mana yang sedang kita imani, anuti dan amalkan sekarang ini, kemudian perjuangan kita yang paling utama yang satu lagi adalah untuk memasukkan kembali seluruh umat Islam kita ini ke agama Allah yang asal dan sebenar yang datang daripada Allah dan Rasul-Nya.
 
Agama yang DIREFORMASIKAN ini, yang DIBAHARUI dan DIUBAHKAN inilah agama yang diimani, dianuti dan diamalkan oleh seluruh massa umat Islam kita baik di Malaysia mahupun di dunia ini seluruhnya, dan ianya kini hanyalah merupakan agama yang terhad kepada kepercayaan kepada Rukun Iman dan Rukun Islam di dalam hati, dan ucapan Laillahhaallallah Muhammadar Rasulullah di bibir, yang disertai dengan amalan syiar-syiar ibadat solat, puasa, zakat, haji, dan nikah kahwin sahaja, sedangkan ianya adalah satu agama tanpa mengamalkan sistem politik, kerajaan dan pemerintahan daripada Allah dan ianya adalah satu agama tanpa menjalankan segala peraturan dan undang-undang daripada Allah di dalam sistem kehidupan kita. Agama seperti ini bukanlah agama daripada Allah, malah ianya adalah agama yang syirik dan kufur kerana agama yang mendirikan kerajaan dan pemerintahan manusia dan kerajaan yang menjalankan peraturan dan undang-undang manusia adalah kerajaan yang menyerahkan Uluhiyah dan Rububiyah kepada manusia yang merosakkan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.
 
Musuh-musuh Islam telah menjadikan agama Islam kita ini sebagai satu agama yang sama dan serupa dengan agama-agama Kristian, Yahudi, Hindu dan seluruh agama kafir yang lain, iaitu agama-agama yang terdiri daripada agama masjid, agama gereja, agama sinagog, agama kuil dan agama tokong sahaja yang kesemuanya itu menumpukan seluruh aktiviti agama mereka kepada ibadat-ibadat ritual dalam menyembah Tuhan dan Tuhan-tuhan masing-masing dalam rumah-rumah ibadat mereka itu, manakala mereka kesemuanya tidak mempunyai sebarang ibadat dalam urusan-urusan politk, kerajaan, negara, pemerintahan dan undang-undang. Mereka merendahkan agama Islam dengan menghadkannya setakat kepercayaan kepada agama Allah di dalam hati dan amalan-amalan ibadat-ibadat ritual dalam bentuk solat, puasa, zakat, haji dan nikah kahwin sahaja tanpa mewujudkan seluruh sistem kehidupan Islam dalam bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa dalam sistem kehidupan kita. Gerakan Islah yang dipelupuri Afghani dan Abduh itu telah merosakkan AQIDAH dan AGAMA kita serta ia telah menyesatkan seluruh massa umat Islam di dunia daripada jalan yang benar.
 
Islam yang direformasikan ini, iaitu agama yang sedang kita imani, anuti dan amalkan kini, adalah agama yang didasarkan kepada fahaman bahawa PERATURAN dan UNDANG-UNDANG itu bukanlah AQIDAH, justeru seluruh umat Islam kita baik di Malaysia mahupun di dunia ini telah mengeluarkan seluruh peraturan dan undang-undang Allah daripada sistem kehidupan kita dan daripada agama kita tanpa menyedari bahawa itu adalah kerosakan kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang mengeluarkan kita daripada agama Allah. Umat Islam kita kini mempercayai bahawa SISTEM KEHIDUPAN dalam bidang-bidang POLITIK, EKONOMI, SOSIAL, AKHLAK dan PERHUBUNGAN ANTARABANGSA bukanlah termasuk ke dalam bahagian AQIDAH kita, justeru seluruh umat Islam di Malaysia kita kini telah mengeluarkan bidang-bidang kehidupan ini daripada sistem kehidupn kita tanpa menyedari bahawa itu adalah kerosaskan kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang mengeluarkan kita daripada agama Allah.
 
Para pejuang Reformasi Islam yang dipelopori oleh Afghani dan Abduh adalah para perosak agama kita dan mereka adalah para penyesat yang agung yang telah mencapai kejayaan yang amat cemerlang dan gemilang dalam MENYESATKAN seluruh massa umat Islam kita di dunia ini dan yang menghalang dan menghindari seluruh kita ini daripada mengimani, menganuti dan mengamalkan agama yang benar daripada Allah dan Rasul-Nya. Bagi kita di Malaysia ini, kita dapati bahawa para ulama dan intelek Islam kita, para mufti kita, pegawai-pegawai agama kita, agensi-agensi agama milik kerajaan kita seperti Jakim, Yadim dan Ikim, serta seluruh Jabatan Agama Islam kita di peringkat negeri-negeri, kesemuanya itu mengimani, menganuti dan mengamalkan agama Islam yang baru dalam bentuknya yang diubah dan direformasikan ini sedangkan mereka kesemuanya itu telah sepakat untuk mengakui kebenarannya serta mereka sentiasa mempertahankannya dengan jiwa dan raga mereka serta dengan gigih dan penuh dedikasi. Merekalah para perosak AQIDAH kita dan merekalah para penyesat kita yang menenggelamkan kita ke dalam kegelapan dan kebutaan. Dalam pada itu juga, kita telah menyaksikan berbagai-bagai Jemaah Islah, Pergerakan Islah dan NGO Islah telah ditubuhkan dengan banyaknya di Malaysia kita ini yang memainkan peranan-peranan mereka untuk mengembang dan mempergiatkan lagi segala aktiviti agama yang direformasikan ini – kesemuanya ini mempunyai implikasi bahawa kesesatan dan kerosakan di kalangan seluruh massa umat Islam kita kini semakin tersebar luas dan semakin diperkasa dan dimantapkan lagi, dan situasi yang amat buruk ini semakin menghiriskan hati kita lagi kerana kesemua kerosakan dan kesesatan ini berlaku dengan dorongan dan galakan daripada kerajaan Malaysia kita ini sendiri.
Padahal Islam TIDAK BOLEH DIUBAH atau DIPERBAHARUI kerana ianya adalah agama ciptaan Allah. Setiap pemikiran, undang-undang dan sistem hidup ciptaan Allah bersifat KEKAL ABADI dan TIDAK BOLEH DIUBAH.
 
Firman Allah: al-Ahzab 36
Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang nyata.
 
Firman Allah Rom : 30
Tiadalah patut ada sebarang perubahan pada agama Allah .
 
Firman Allah al-Anaam 115
Dan telah sempurnalah kalimat Tuhanu dengan benar dan adil ; tiada siapa dapat mengubah sesuatu daripada kalimat-kalimat-Nya , dan Dialah yang sentiasa Maha Mendengar dan Maha Mengetahui .
 
Firman Allah Faatir : 43
Kerana engkau tidak sekali-sekali akan mendapati sebarang perubahan pada Sunnatullah dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan Sunnatullah itu.
 
Firman Allah : al-Fath 23
Engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan di dalam undang-undang Allah.
Tiada perubahan pada fitrah Allah, justeru TIADA PERUBAHAN dalam agama Allah, ia diturunkan daripada Allah swt dalam keadaanya yang sempurna dan lengkap, dan ia akan kekal sempurna dan lengkap seperti itu sehingga ke hari kiamat (5:3). Mengubah agama Allah bererti menafikan sifat-sifat Uluhiyah dan Rububiyah Allah yang mengkufur ingkarkan Allah. Sebarang perubahan terhadap segala prinsip dan dasar Islam yang fundamental bererti kesesatan dan kerosakan.
 
Gerakan Reformasi Islam adalah idea dan perancangan Yahudi yang dioperasikan oleh kaum Orientalis Barat dan dibantu oleh British dan kuasa-kuasa kufur Barat dalam usaha mereka untuk menyeleweng, merosak dan menghancurkan Aqidah dan Pemikiran Islam supaya Islam dan seluruh massa umat Islam sekelian akur, tunduk dan menghamba abdikan diri mereka kepada KETUANAN KUFUR Barat. Kewujudan agama Islam yang diamalkan oleh seluruh massa umat Islam kita dalam bentuk ISLAM MODENIS adalah hasil daripada gerakan REFORMASI ISLAM ini. Islam Modenis seperti mana agama yang sedang kita anuti dan amalkan di Malaysia dan di dunia kini adalah Islam yang MENYELEWENG, SESAT dan ROSAK. Tanggungjawab dan kewajipan yang utama bagi umat Islam kita ialah untuk mempelajari dan mengkaji mengenai KEROSAKAN dan KESESATAN agama Islam yang sedang kita amalkan kini yang kita warisi daripada generasi yang lalu yang berasal daripada ajaran Abduh supaya kita terselamat daripada gejala kesyirikan dan kekufuran dan supaya agama yang kita amalkan itu nanti adalah agama yang tidak diperbaharui dan diubah, iaitu agama yang benar yang berasal daripada Allah dan Rasul-Nya .
 
Bagi pihak Yahudi dan di atas kehendak dan perintah Yahudi, British telah mengoperasikan gerakan jahat ini dengan menggunakan para ulama dan pemikir Islam kita sendiri, yang pada mulanya, dipelopori oleh Muhammad Abdul Wahab (pelopor fahaman Wahabi atau Islam Salafi) pada pertengahan kurun ke 18 di Semenanjung Tanah Arab melalui konspirasi dan pakatan dengan Ibn Saud, seorang lagi agen dan ‘tali barut’ British yang mengasaskan dinasti monarki Arab Saudi, negara boneka kufur Barat. Kegiatan menyelewengkan FIKRAH ISLAM itu kemudiannya disambungkan pula oleh Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh, Abdul Rashid Redha, Hassan al-Banna dan Taqiyuddin al-Nabhani di Mesir dan di Timur Tengah. Melalui proses penjajahan politik ke atas umat Islam dan pelaksanaan berbagai-bagai dasar yang terancang, termasuklah melalui pelaksanaan dasar pendidikan agama Islam, dan dengan mengambil masa selama sekitar dua ratus lima puluh tahun itu, gerakan REFORMASI ISLAM yang dioperasikan oleh British, kaum Orientalis Barat dan kuasa-kuasa kufur Barat yang beroperasi di bawah perancangan dan arahan Yahudi itu telah berjaya dalam mencapai matlamat agung mereka, iaitu untuk MENYELEWENG dan MEROSAKKAN Aqidah dan Pemikiran Islam seperti mana yang kini diimani, dianuti dan diamalkan dengan berleluasa dan lumrah sekali di kalangan seluruh massa umat Islam di dunia, termasuklah di Malaysia kita ini sendiri. Kita kini mengimani, menganuti dan mengamalkan agama Islam dalam bentuknya yang sesat dan rosak dengan selesa dan senang hati sahaja tanpa menyedari mengenai hakikatnya yang sebenar, malah kita kini tidak beriman dengan agama Allah yang sebenar dan sempurna. (Sila lihat Lampiran 1 & 2).
 
Pihak British dan seluruh kuasa kufur Barat, mengagung-agungkan nama-nama para tokoh Islam yang berkonspirasi dengan mereka dan mengikut telunjuk mereka itu sejak daripada awal-awalnya lagi sehinggalah ke hari ini. Seluruh umat Islam kita terutama sekali golongan yang terpelajar kesemuanya ikut, tiru, taat, patuh dan jadi pak turut kepada orang-orang kafir Barat samada dalam pegangan dan amalan agama kita, cara berfikir dan sikap kita mahupun dalam gaya kehidupan kita hari-hari. Mentaliti umat Islam kita sejak zaman penjajahan Barat sehinggalah ke hari ini adalah mentaliti orang-orang yang dijajah yang mengidap penyakit “perasaan kekurangan diri” atau “inferiority complex” yang selesa dan bersedia untuk menerima apa sahaja yang disogokkan oleh para pemerintah kafir Barat, mereka itu begitu bersedia untuk ikut telunjuk orang-orang kafir Barat, malah mereka sebenarnya berlumba-lumba dan amat berbangga-bangga untuk jadi pak turut kepada orang-orang kafir Barat. Segala ajaran sesat mengenai Aqidah dan Pemikiran kita telah dikembangkan ke seluruh bumi umat Islam di dunia kita ini termasuklah ke Malaysia oleh kaum Yahudi melalui para ulama dan intelek Islam kita sendiri dan seluruh ajaran yang sesat ini pada hari ini telah dipelajari, diimani, dianuti dan diamalkan oleh seluruh umat Islam di seluruh bumi umat Islam di dunia kita ini.
Sebahagian yang terbesar daripada agen-agen bagi orang-orang kafir yang beragama Islam ini adalah anggota-anggota FREEMASON. Abduh dan Rashid Redha, serta di zaman kemudiannya Hassan al-Banna dan rakan-rakannya dalam gerakan Reformasi Islam dan juga pertubuhan al-Ikwanul Muslimin adalah kesemuanya anggota dan pertubuhan Freemason, dan malah Abduh dilantik sebagai “Grand Master” dalam pergerakan Freemason di Mesir. Abduh dan Rashid Redha adalah anggota-anggota Pergerakan Freemason, dan ini adalah sesuatu yang bersesuaian dengan hakikat bahawa ianya adalah pergerakan Yahudi yang bertujuan untuk mencapai matlamat Zionisme dan  Illuminati, serta apa-apa jua matlamat jahat mereka yang besar serta yang bersikap anti-Islam yang ekstrim. Ini bermakna bahawa para perosak Aqidah Islam dan para penyesat umat Islam yang terdiri daripada para ulama dan intelek Islam kita ini sendiri adalah sememangnya amat kuat dipengaruhi oleh berbagai-bagai pergerakan orang-orang kafir yang bertujuan untuk merosakkan agama Islam dalam jangka masa yang panjang. Justeru, Gerakan Islah ajaran Abduh adalah satu gerakan yang dirancang dan dioperasikan khusus untuk menuju ke arah kesesatan dan kerosakan agama Islam dan seluruh massa umat Islam kita di dunia ini.
 
Abduh mempunyai pertalian yang akrab dengan pemerintah British dan agen-agen Yahudi di Mesir. Wilfred Scawen Blunt, seorang agen Yahudi yang terkemuka, telah memainkan peranan sebagai penasihat, konsultan dan sahabat kepada Abduh dan Afghani. Abduh adalah sahabat karib (confidant) kepada Lord Crommer, pemerintah tertinggi kerajaan British di Mesir, dan Abduh dilantik oleh Crommer untuk memegang berbagai-bagai jawatan yang penting dalam kerajaan Mesir yang memudahkan proses untuk menyebar dan mengembangkan ajaran sesat kepada orang ramai. Kematian Abduh diratapi oleh pemuka-pemuka Kristian Barat. Prof. G.E. Browne, seorang sarjana British yang btnk sebagai agen Yahudi, telah menyampaikan ucapan takziah kepada Hamudah, ahli keluarga Abduh. Lothrop Stoddard, seorang penulis Barat, telah memuji dan menyanjung-nyanjung Abduh dan menganggap sumbangan beliau (Abduh) sebagai sesuatu yang besar dalam gerakan Reformasi Islam (Hadir al-Imam al-Islami). Imam Munawir menulis bahawa loceng-loceng di gereja-gereja Kristian telah dibunyikan sewaktu kematian Abduh sebagai menandakan penghormatan Kristian kepada beliau (Abduh). Kesemuanya itu menunjukkan kepada satu arah – Reformasi Islam dan Islam Modenis adalah ciptaan-ciptaan British untuk merosakkan agama Islam dan umat Islam!
 
T.E. Lawrence (Lawrence of Arabia) telah membantu Sharif Hussein untuk menentang pemerintahan khalifah Islam Turki. Begitu juga, Harry Saint John Philby, seorang agen kerajaan British, telah membantu Muhammad Ibn Saud dalam bentuk membekalkan kelengkapan senjata moden dan kewangan untuk menakluki Tanah Arab sehingga akhirnya terbentuknya dinasti Arab Saudi, boneka kufur Barat, yang berkekalan sehingga kini. Aktiviti-aktiviti Blunt, Lawrence, Philby dan agen-agen British yang lain hanya menggambarkan satu hakikat – British bertanggungjawab dalam membentuk berbagai-bagai dinasti dan negara di Asia Barat seperti Arab Saudi, Jordan, Iraq, Negara-Negara Teluk (Gulf States) dan merancang serta mengoperasikan gerakan Reformasi Islam sehingga Aqidah Islam telah menjadi rosak binasa seperti yang wujud dan diamalkan kini di Malaysia dan di dunia seluruhnya!
 
Gerakan Reformasi Kristian di Eropah pimpinan Martin Luther dan John Calvin, adalah cetusan kebencian, penentangan dan rejeksi umat Kristian Barat terhadap cengkaman dan belenggu fahaman Roman Katolik dan feodalisme Eropah. Reformasi itu yang telah berjaya dalam meruntuhkan feodalisme dan membebaskan umat Kristian Barat daripada belenggu gereja Roman katolik, telah mencipta kejayaan yang gemilang dan membawa bangsa Eropah ke mercu kekuatan politik, ekonomi, ilmu, teknologi dan ketenteraan. Bangsa Barat hidup maju dan utuh di dalam dunia yang sekular dan bebas daripada sebarang ikatan agama. Bahkan dunia moden Barat kini sudah tidak ada agama lagi akibat daripada gerakan reformasi Kristian itu. Melalui sistem penjajahan, British telah mengkonsepsi dan mengoperasikan gerakan Reformasi Islam mengikut model Reformasi Kristian Eropah, dan telah berjaya dalam mengsekularkan seluruh massa umat Islam di dunia serta memesongkan Aqidah dan Pemikiran Islam kita. Kesemuanya itu dioperasikan dengan menggunakan para pemikir dan intelek Islam ‘modenis’  sendiri – Muhammad Abdul Wahab, Afghani, Abduh, Rashid Redha, Hassan al-Banna, Taqiyuddin al-Nabhani dan lain-lain.
 
Kaum Yahudi telah menubuh dan membentukkan berbagai-bagai badan Islam dan pergerakan Islam yang beroperasi sebagai BONEKA-BONEKA mereka yang kesemuanya itu adalah ditubuh dan diaktifkan oleh mereka itu  melalui kerajaan-kerajaan kolonial Barat dengan mengambil berbagai-bagai nama dan gelaran di seluruh Timur Tengah, Afrika, Asia dan sehinggalah ke Malaysia dan Indonesia kita ini. Badan-badan Islam yang aktf beroperasi sebagai boneka-boneka Yahudi di seluruh dunia kita ini, yang wujud sejak lebih daripada dua ratus tahun yang lalu, dengan mengambil berbagai-bagai nama ini, sebenarnya adalah Pergerakan-pergerakan Islam yang satu dan sama, iaitu Pergerakan-pergerakan Islam yang menjadi boneka-boneka Yahudi, yang aktif dan gigih mengembangkan ajaran-ajaran Islam yang satu dan sama di kalangan kita, iaitu ajaran-ajaran Islam yang sesat dan rosak daripada jalan-jalannya yang benar, ajaran-ajaran Islam yang mengeliru dan membingungkan kita daripada memahami Aqidah Islam kita yang sebenar, ajaran-ajaran Islam yang menjadikan kita hidup dalam keadaan selesa, aman dan sentosa dalam kesyirikan dan kekufuran, ajaran-ajaran Islam yang menjadikan kita ini sebagai orang-orang Islam yang sombong, membangga-bangga diri dan keras hati dalam kebutaan dan kebodohan! Boleh dikatakan seluruh Pergerakan Islam yang aktif beroperasi di Malaysia kita kini sebenarnya adalah boneka-boneka Yahudi yang ditubuh dan dibentukkan sebagai cetusan daripada gerakan dan pemikiran al-Ikhwanul Muslimun yang mengajar dan mengembangkan Islam ciptaan Yahudi, di antaranya – ISLAM SALAFI (WAHABI), IKHWAN AL-MUSLIMUN, HIZBU AT-TAHRIR, ANTI-HADIS, ISLAM LIBERAL, MUHAMMADIYAH (INDON), NAHDATUL ULAMA (INDON), PAS, ABIM, ARQAM, TABLIGH, JIM, SISTERS IN ISLAM, PUM, MUAFAKAT, JAKIM, YADIM, IKIM DAN IIISTAC, malah seluruh NGO Islam serta seluruh institusi pengajian Tinggi Islam.
 
Sayyid Qutb (The Islamic Concepts and its Characteristics) :
“Meskipun begitu, terperangkap di antara dua ekstrim – ketandusan intelektualisme di dunia Islam dengan pengagungan akal di Eropah – beliau (Abduh) mengutarakan teori bahawa akal manusia dan wahyu adalah sama-sama penting (of equal importance) dalam memimpin manusia, dan bahawa adalah mustahil bagi ilmu yang diperolehi melalui pemikiran yang rasional akan berkonflik dengan kebenaran-kebenaran daripada wahyu.
 
Dia (Abduh) berkata (semoga Allah s.w.t. mengampuninya) dalam tulisannya mengenai keesaan Allah s.w.t., “wahyu melalui para Rasul adalah perlakuan Allah s.w.t. , sementara akal manusia adalah juga perlakuan Allah s.w.t. di bumi ini, dan perlakuan Allah s.w.t. semestinya berada dalam keadaan yang harmoni di antara satu dengan yang lain, tidak pernah berkonflik di antara satu dengan yang lainnya.”
Mazheruddin Siddiqi (Modern Reformist Thought in The Muslim World) :
“Sebilangan daripada golongan Muslim modenis memperlihatkan aliran pemikiran ke arah pemikiran yang sekular sehinggakan situasi mereka itu hanya berbeza sedikit sahaja daripada golongan sekularis. Seumpamanya, Abduh berkata bahawa al-Quran mendukung kewibawaan peranan akal dan mengakui keupayaannya sebagai satu metod ke arah mencapai kebahagian, dan sebagai kriteria dalam menentukan di antara yang hak dengan yang bathil. Sepertimana rakan seperjuangannya di India, Sir Sayyid Ahmad Khan, Abduh begitu gemar dan cenderung untuk mengutarakan Hadith – ‘Kamu lebih mengetahui dari hal urusan kamu sendiri’.”
 
Mazheruddin Siddiqi (Modern Reformist Thought in The Muslim World) :
“Walaupun begitu, dalam mentafsirkan undang-undang Allah, Muhammad Abduh kelihatan lebih bersedia untuk memberi hak yang sepenuhnya kepada akal. “Umat Islam pada umumnya bersepakat bahawa apabila akal berkonflik dengan wahyu, apa yang diperkatakan oleh akal hendaklah diterima”.
 
Muhammad Abduh mempertahankan pandangan bahawa kecenderungan Islam kepada akal dalam kajian mengenai benda-benda yang diciptakan sama sekali tidak sepatutnya terhad atau dirundung dengan berbagai syarat. Adalah tidak jelas apakah yang dimaksudkan oleh Abduh mengenai benda-benda yang diciptakan itu. Adakah ianya dimaksudkan juga kepada perundangan sosial Islam?. Daripada ungkapan-ungkapan Abduh mengenai Aqli dan Naqli seperti yang diperkatakan di atas ini, kita mungkin boleh membuat kesimpulan bahawa beliau memaksudkan juga perundangan sosial sebagai tergolong ke dalam kategori benda-benda yang
diciptakan.”
 
Mazheruddin Siddiqi (Modern Reformist Thought in The Muslim World) :
“Tetapi cara beliau (Abduh) menyuarakan kekagumannya terhadap pergerakan reformasi Protestant membuktikan bahawa dalam pandangannya satu pergerakan reformasi yang sama adalah perlu untuk dunia Islam. Beliau berkata, “tidak berapa lama selepas itu, satu golongan telah muncul di Barat yang menyeru kepada reformasi dan satu perkembalian kepada kepermudahan agama, satu reformasi yang turut mengandungi unsur-unsur yang tidak jauh berbeza dengan Islam. Sesungguhnya sebilangan daripada golongan reformasi itu mengutarakan doktrin-doktrin yang sampai ke peringkat yang sejiwa dengan dogma Islam, melainkan kepercayaan kepada status kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Agama mereka mempunyai persamaan dalam segala segi melainkan hanya pada namanya sahaja – agama nabi Muhammad s.a.w., ia hanya berbeza dari segi bentuk ibadat sahaja, tidak dari segi pengertian atau apa-apa yang selain lagi”.
 
Mazheruddin Siddiqi (Modern Reformist Thought in The Muslim World) :
“Abdul Rashid Rida, seorang murid Abduh, mengemukakan argumentasi bahawa al-Quran itu, pada asasnya, hanyalah sebuah kitab sebagai petunjuk kepada kerohanian sahaja. Sedangkan ia hanya mengandungi segelintir perintah-perintah sahaja mengenai hal ehwal keduniaan manusia. Sebahagian yang terbesar daripada hal ehwal ini diserahkan kepada pemerintah di kalangan orang-orang Muslim. Ini merupakan satu usaha ke arah kepermudahan agama kerana Rashid Rida kelihatan lebih cenderung untuk memperkatakan bahawa Islam sepatutnya dihadkan kepada batas-batas kerohanian yang diajar di dalam al-Quran bersama-sama dengan segelintir undang-undang yang termaktub di dalamnya.”
 
Mazheruddin Siddiqi (Modern Reformist Thought in The Muslim World) :
“Golongan Muslim modenis pada keseluruhannya mengutarakan huraian-huraian mengenai isu kerasulan bahawa ianya adalah sesuatu yang berbentuk satu kebiasaan (naturalistic). Seseorang Rasul itu dianggapkan sebagai seseorang yang mempunyai kecerdasan pemikiran yang tertinggi yang dapat memahami dan melihat sesuatu melalui pemahaman dan penglihatan yang biasa (natural and normal), yang tidak dapat dilihat dan difahami oleh orang-orang lain melalui akal yang tidak dibantu. Afghani, umpamanya, menyamakan kerasulan dengan filosofi. Apa yang diterima oleh Rasul melalui inspirasi adalah sama seperti apa yang diperolehi oleh seorang falsafah (philosopher) melalui akal.
 
Muhammad Abduh memberi penekanan kepada kesucian rohani dan kekuatan dalaman seseorang Rasul. Sifat ini bersama-sama dengan kurniaan dan rahmat daripada Allah s.w.t., memperbolehkan mereka (Rasul) untuk melihat sesuatu melalui penglihatan yang biasa. Adalah satu kemungkinan, mengikut pandangan Abduh, bahawa apabila tahap kerohanian yang tinggi dan kecerdasan pemikiran digabungkan ke dalam diri seseorang, ia mempunyai segala kecirian sebagai seorang rasul.
 
Oleh yang demikian, seseorang Rasul itu adalah seseorang yang mempunyai kecerdasan pemikiran, tahap kerohanian dan hakikat dalaman yang tinggi. Meskipun begitu, adalah perlu, mengikut Abduh, seseorang rasul itu dibantu dengan rahmat dan limpah kurnia daripada Allah s.w.t.”
 
Mazheruddin Siddiqi (Modern Reformist Thought in The Muslim World) :
“Sesetengah daripada golongan reformasi Islam menyedari betapa perlunya kewujudan satu pergerakan reformasi di kalangan umat Islam, sepertimana pergerakan Protestant di bawah Luther di Eropah. Jamaluddin al-Afghani menyatakan bahawa dalam menggerakkan kebangkitan kembali umat Islam, ianya memerlukan kepada satu pergerakan di kalangan mereka untuk reformasi dalam agama. Apabila kita melihat akan kebangkitan di Barat, Afghani membahaskan, kita akan dapati bahawa sebab utama kebangkitan itu berpunca daripada pergerakan reformasi agama oleh Luther.
 
Mengikut Albert Hourani, Jamaluddin al-Afghani berkeyakinan bahawa reformasi Islam akan berlaku di masa akan datang sepertimana ianya berlaku di Eropah, “Islam memerlukan Luther”; inilah tema kegemaran Afghani dan berkemungkinan beliau melihat dirinya dalam peranan itu (peranan Luther).”
 
Islam yang direformasikan ini, dalam konteks masyarakat Islam di Malaysia dan di dunia seluruhnya, mempunyai ciri-ciri dan implikasi-implikasi seperti berikut :
 
1.     Gerakan reformasi Islam adalah dikonsepsi dan dioperasikan mengikut model Reformasi Kristian di Barat yang bertanggungjawab dalam melahirkan ideologi sekularisme di dalam masyarakat umat Islam yang menyumbangkan kepada kerosakan Aqidah dan Pemikiran Islam;
 
2.     Para pemikir reformasi Islam berpendapat bahawa apa yang diperlukan untuk mengatasi kemunduran umat Islam ialah satu reformasi agama Islam untuk mencipta satu “rennaissance” Islam yang akan membawa kemajuan kepada massa umat Islam seperti mana kemajuan dan progres yang dicapai oleh masyarakat Barat;
 
3.     Para pemikir reformasi Islam menteorikan bahawa tidak ada perbezaan di antara ilmu wahyu dengan ilmu akal, justeru undang-undang politik, ekonomi dan sosial dalam kehidupan masyarakat Islam boleh digubal mengikut daya kekuatan berfikir manusia tanpa merujuk kepada sumber al-Quran dan Hadis;
 
4.     Islam dengan Kristian mempunyai persamaan-persamaan yang besar kerana kedua-duanya berasal daripada langit, dan perbezaan di antara Islam dengan Kristian hanyalah perbezaan-perbezaan yang kecil sahaja, justeru dalam mencapai aspirasi modenisasi dan kemajuan massa umat Islam, Islam boleh mengambil dan mengikuti model Barat dalam kehidupan politik, ekonomi dan sosial umat Islam;
 
5.     Agama Islam telah ‘dipermudahkan’ supaya dapat menerima segala ideologi, pemikiran dan model Barat dari segi politik, ekonomi dan kemajuan sosial massa umat Islam;
 
6.     Abduh berpendapat bahawa seseorang Rasul itu tidak semestinya bergantung semata-mata kepada ilmu wahyu sahaja, malah segala ajaran yang di bawa oleh seseorang Rasul itu boleh dihasilkan oleh kecerdasan akal;
7.     Kebangkitan seseorang Rasul bukanlah sesuatu yang istimewa dalam sejarah Islam;
8.     Ilmu wahyu sebahagian yang terbesarnya memberi tumpuan kepada aspek-aspek kerohanian sahaja, sedangkan aspek-aspek politik, ekonomi dan sosial adalah bebas untuk difikir mengikut kekuatan ilmu akal;
 
Segala ciri dan implikasi yang terkandung dalam fahaman dan pemikiran Islam yang dierti semula dan direformasikan seperti yang digariskan di atas ini, adalah kesesatan dan kerosakan yang besar.
 
Implikasi-implikasi seperti di atas ini mempunyai pengertian bahawa peraturan dan undang-undang daripada Allah bukanlah AQIDAH, dan oleh itu kita diberi kebebasan untuk memilih mana-mana sistem perundangan yang baik dan sesuai, dan kita diberi kebebasan untuk memilih mana-mana sistem kehidupan yang mencakupi bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa yang baik dan sesuai – kesemua pilihan kita ini adalah mengikut selira dan pemikiran kita sendiri, bukan daripada Allah. Seluruh umat Islam di dunia kini mengamalkan peraturan dan undang-undang manusia dalam kehidupan kita dengan selesa sahaja meninggalkan peraturan dan  undang-udang Allah sejak zaman sebelum, semasa dan selepas penjajahan lagi sehinggalah ke hari  ini. Agama Islam ajaran Abduh dan para ulama reformis adalah agama yang sedang berada dalam kesesatan dan kerosakan, dan agama Islam seperti ini yang kita imani, anuti dan amalkan kini bukanlah agama daripada Allah. Agama Islam yang kita imani, anuti dan amalkan sekarang ini adalah satu agama yang menerima dan membolehkan amalan fahaman-fahaman kufur Barat, di antara yang paling menonjol sekali adalah seperti sekularisme, demokrasi, nasionalisme, sosialisme, kapitalisme, komunisme, pragmatisme, liberalisme, realisme, dan lain-lainnya itu. Agama Islam yang menerima dan bersetuju dengan segala pemikiran, fahaman dan ideologi daripada manusia seperti ini bukanlah agama daripada Allah.
 
Kerosakan Aqidah dan Pemikiran Islam sejak zaman berzaman lagi berpusat kepada isu yang satu dan sama – kerosakan perhubungan dan interaksi di antara MAKHLUK dengan al-KHALIQ :
 
Firman Allah:asy-Syura 70, 71
Tetkala ia berkata kepada bapanya dan kaumnya, “apa yang kamu sembah?” Mereka menjawab, “kami menyembah berhala-hala, maka kami tekun menyembahnya.”
 
Kaum Nabi Ibrahim a.s. sesat kerana mereka menyembah berhala-berhala yang selain daripada Allah s.w.t.
 
Firman Allah:al-Baqarah 92
Dan sesungguhnya telah datang kepada kamu Nabi Musa membawa keterangan-keterangan, kemudian kamu menyembah (patung) anak lembu sepeninggalannya, dan kamu adalah orang-orang yang zalim.
 
Kaum Nabi Musa a.s. juga sesat kerana mereka menyembah patung anak lembu yang selain daripada Allah ketika Nabi Musa a.s. masih berada bersama-sama mereka lagi.
 
Firman Allah :al-Maidah 73
Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata , “ bahawa Allah ialah salah satu daripada tiga tuhan.” Padahal tiada Tuhan melainkan Tuhan yang Maha Esa.
 
Orang-orang Kristian sesat kerana mereka menyembah yang selain daripada Allah s.w.t. Kesemua kesesatan sejak zaman berzaman itu, sama ada di kalangan ahli kitab atau kaum musyrikin, hanyalah berpusat kepada isu yang satu dan sama – kerosakan pertalian di antara MAKHLUK dengan al-KHALIQ – mereka menyembah yang selain daripada Allah, atau di samping menyembah Allah itu, mereka turut menyembah yang selain daripada Allah. 
 
Kesesatan dan kekufuran yang berlaku ke atas kita kini adalah dalam kaedah dan bentuk yang sama dengan kekufuran yang telah dan pernah berlaku ke atas seluruh umat Islam yang dipimpin oleh para Nabi yang terdahulu seperti umat Islam yang menjadi para pengikut Nabi Ibrahim as yang telah berubah menjadi kaum musyrik di zaman Jahiliyah di Mekah, umat Islam yang menjadi para pengikut Nabi Musa as yang telah berubah menjadi kaum Yahudi yang kafir, dan umat Islam yang menjadi para pengikut Nabi Isa as yang telah berubah menjadi kaum Nasrani yang kafir. Umat Islam yang menjadi para pengikut Nabi-nabi Musa as dan Isa as kesemuanya menjadi kafir kerana kejahatan dan dakyah para ulama mereka sendiri.
 
Firman Allah :al-A’raf 175
Bacalah kepada mereka cerita seorang tokoh yang kami kurniakan pengetahuan mengenai ayat-ayat Kami (Taurat) kemudian dia menghindarkan diri daripadanya , lalu ia diikuti syaitan dan akhirnya ia termasuk ke dalam golongan orang-orang yang sesat .
 
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Mereka memperalatkan ahli-ahli agama profesyenel untuk mengubahkan ayat-ayat al-Quran daripada pengertiannya yang sebenar, mereka menghalalkan apa yang diharamkan Allah dan melunak-lunakkan apa yang disyariatkan Allah, mereka merestukan kejahatan dengan menggunakan bendera-bendera Islam dan lambang-lambangnya. Mereka menggelincirkan orang-orang Islam yang terpesona kepada tamadun-tamadun kebendaan dan tertarik kepada teori-teori peraturan-peraturannya sebagai rangka usaha untuk menggelincirkan Islam supaya meniru teori-teori dan peraturan-peraturan itu dan mengibarkan lambang-lambangnya atau menerima pakai teori-teori, undang-undang, peraturan-peraturan dan metodologi-metodologi itu.
 
Mereka menggambarkan Islam yang mengendalikan seluruh bidang kehidupan manusia sebagai suatu peristiwa dalam sejarah yang tidak mungkin berulang lagi. Mereka memberi sanjungan yang tinggi kepada keagungan-keagungan Islam di zaman silam untuk melalaikan perasaan orang-orang Islam dan dalam suasana kelalaian ini mereka berkata kepada orang-orang Islam bahawa Islam pada hari ini harus hidup dan bersemarak di dalam jiwa orang-orang Islam sebagai aqidah dan ibadat sahaja bukan sebagai undang-undang dan sistem hidup. Cukuplah bagi Islam dan orang-orang Islam berbangga dengan keagungan-keagungan zaman purba yang bersejarah itu, jika tidak, agama Islam harus mengikut perkembangan zaman dan harus sanggup tunduk kepada realiti hidup manusia dan bersedia mengambil segala kefahaman dan segala undang-undang dan peraturan yang dibuat oleh mereka. Mereka menyerahkan kepada pertubuhan-pertubuhan yang diadakan mereka di negeri-negeri Islam teori-teori tertentu yang ditaja dalam bentuk aqidah dan agama untuk mengambil tempat agama Islam yang lama itu! Mereka mewujudkan buku-buku untuk dibaca dan dikaji agar ia dapat menggantikan al-Quran yang lama ini! Mereka juga cuba mengubah tabiat masyarakat-masyarakat Islam di samping mengubahkan tabiat agama Islam itu sendiri sebagai satu sarana terakhir supaya Islam tidak mungkin menemui insan-insan yang dapat diberi hidayat dan dengan itu mereka dapat mengubahkan masyarakat-masyarakat Islam kepada golongan-golongan insan yang tenggelam dalam lumpur kegiatan seks dan amalan-amalan yang keji, kumpulan-kumpulan insan yang sibuk mencari sesuap pagi dan sesuap petang yang tidak boleh dihasilkan kecuali dengan usaha-usaha yang sukar dan sungguh-sungguh agar mereka tidak lagi mempunyai peluang selepas sesuap makan dan memuas nafsu seks untuk mendengar hidayat atau untuk pulang kepada agama !
 
Itulah pertarungan dan penentangan sengit terhadap Islam dan umat Muslimin yang berpandukan ajaran Islam dan berjuang untuk menegakkan keadilan undang-undang Islam . Itulah pertarungan yang berterus-terusan, di mana digunakan segala jenis senjata tanpa segan dan malu, segala macam sarana yang tidak terhitung kuantitinya. Itulah konflik yang mempergunakan segala kekuatan , segala kemampuan , segala alat media massa antarabangsa , mempergunakan agen-agen dan badan-badan antarabangsa yang dibiayai oleh organisasi-organisasi tertentu yang tidak mungkin hidup seharipun tanpa pembiayaan antarabangsa ini .
Tetapi tabiat agama Islam amat jelas dan amat kukuh itu tetap gigih menghadapi pertarungan yang sengit ini, begitu juga umat Muslimin yang berdiri teguh di atas agama yang benar ini walaupun bil mereka kecil dan perencanaan mereka lemah, namun mereka tetap teguh dan gigih menghadapi proses penghancuran yang ganas itu . Dan Allah tetap menguasai segala urusan-Nya.
 
Firman Allah :al-Imran 80
Dan tidak pula (wajar) dia menyuruh kamu mengambil malaikat dan nabi-nabi sebagai Tuhan-Tuhan. Apakah wajar dia menyuruh kamu melakukan kekufuran sesudah kamu menjadi orang-orang Muslim.    
 
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Penyakit tokoh-tokoh agama – apabila mereka korup – ialah mereka bersedia menjadi alat yang patuh untuk memalsukan hakikat-hakikat yang sebenar atas nama mereka selaku tokoh agama. Keperihalan yang disebut oleh al-Quran mengenai segolongan ahlil kitab ini memang diketahui oleh kita di zaman kita sekarang ini. Mereka menakwilkan nas-nas kitab suci mereka dan mereka memutar belitkannya supaya mereka sampai kepada kesimpulan-kesimpulan yang tertentu. Kemudian mereka dakwakan kesimpulan-kesimpulan itu sebagai maksud daripada nas kitab suci itu dan sebagai pengertian-pengertian yang dikehendaki oleh Allah, sedangkan kesimpulan itu bertentengan dengan hakikat agama Allah dari asasnya lagi (mereka berbuat demikian) kerana yakin kebanyakan pendengar tidak dapat membezakan di antara hakikat agama dan maksud-maksud sebenar nas-nas ini dengan kesimpulan-kesimpulan yang dibuat-buat dan pembohongan yang mereka paksakan ke atas nas-nas itu.
 
Pada hari ini kita cukup mengetahui contoh golongan ini pada setengah-setengah tokoh yang di hubungkan dengan agama secara zalim. Mereka sebenarnya mencari makan dengan agama. Mereka menggunakan agama untuk memenuhi kehendak-kehendak nafsu, mereka menakwilkan nas-nas dan berkejar-kejar membawa nas-nas itu mengikut kehendak-kehendak nafsu apabila mereka nampak ada sesuatu muslihat yang boleh dicapai atau sesuatu habuan kesenangan dunia yang boleh dihasilkan, mereka mentakwilkan nas-nas itu dan berkejar-kejar dengan nas-nas itu dibelakang kehendak hawa nafsu. Mereka mematah-matahkan leher nas supaya sesuai dengan kehendak-kehendak semasa yang dominan. Mereka mengubah ayat-ayat daripada tempatnya yang wajar untuk menyelaraskan di antaranya dengan aliran-aliran yang bertentangan dengan agama ini dan dengan hakikat-hakikat asasinya. Mereka berusaha berhempas pulas untuk mendapat sekecil-kecil hubungan lafzi atau mulabasah lafziyah untuk digunakan mereka bagi menyelaraskan di antara maksud suatu ayat al-Quran dengan kehendak semasa yang dominan yang penting dihampu-hampukan mereka.
 
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran-al-Araf) :
Yang menjadi bala bukannya usaha kaum ahlil kitab yang menumpukan angkara tipu daya kepada Islam dan para pengikutnya. Begitu juga yang menjadi bala bukannya golongan Orientalis yang menulis pembohongan-pembohongan ini dan bertindak sebagai barisan depan yang menyerang Islam dan para pengikutnya, malah yang menjadi bala yang paling besar ialah wujudnya segolongan orang-orang Islam yang bersahaja, dungu dan tertipu yang telah mengambil Orientalis-orientalis Barat sebagai mahaguru-mahaguru mereka padahal mereka (kaum Orientalis) telah memalsukan sejarah nabi dan agama mereka serta memerangi mereka dan Aqidah mereka. Dan daripada mahaguru-mahaguru ini mereka mempelajari Islam, dan setiap pendapat yang ditulis mereka mengenai sejarah Islam dan hakikatnya dijadikan sebagai hujjah dan rujukan. Kemudian golongan Muslim yang bersahaja dan dungu ini mendakwa diri mereka sebagai golongan intelektual yang berpendidikan tinggi.    
 
Ajaran sesat yang diajar dan dikembangkan oleh para Reformis Islam seperti Muhammad Abdul Wahab, Jamaluddin al-Afghani, Abduh, Rashid Redha, Hassan al-Banna, Taqiyuddin al-Nabhani dan seluruh murid-murid mereka yang kini wujud bertaburan di seluruh bumi umat Islam adalah bertanggungjawab dalam merosakkan Aqidah Islam di kalangan seluruh massa umat Islam kita dalam skala yang global bermula sejak 250 tahun yang lalu ( tahun masehi 1750) di Semenanjung Tanah Arab. Di sepanjang sejarah kehidupan kita sejak ribuan tahun yang lalu sehinggalah ke zaman kita kini, kita sentiasa sahaja disesatkan secara silih berganti oleh para ulama dan intelek Islam kita sendiri.
 
Dalam melancarkan gerakan Reformasi Islam, Jamaluddin al-Afghani dan Abduh membuat kajian dan pengamatan bahawa masaalah KEJATUHAN, KEMUNDURAN dan STAGNASI massa umat Islam di dunia berpunca daripada KEKOLOTAN, KESEMPITAN, KEFANATIKAN, KEJUMUDAN dan PARALISIS dalam pemikiran dan kehidupan mereka, sama ada dalam persoalan–persoalan yang berbentuk agama mahupun politik, ekonomi, kenegaraan dan pendidikan. Ke arah matlamat mencapai kemajuan ummah, melalui gerakan Reformasi Islam mengikut model Barat itu, Abduh dan Rashid Rida telah melancarkan tindakan-tindakan untuk membenteraskan kejumudan dan paralisis pemikiran di kalangan massa umat Islam – PINTU IJTIHAD telah dibuka kembali!
 
Berikutan dengan itu, pemikiran Islam telah DIROMBAK, DIUBAH SUAI dan DIPERBAHARUI – ilmu dan pemikiran Barat, pentadbiran, ekonomi dan teknologi Barat, telah dipelajari, dikuasai dan diimplementasikan sepenuhnya dalam kehidupan massa umat Islam. Bersama-sama dengan pengimpotan segala unsur Barat itu, pemikiran dan ideologi kufur Barat turut diimpot, dihalal dan diIslamkan oleh para ulama dan intelek Islam modenis kita melalui pintu ijtihad yang telah dibuka kembali itu dan melalui proses rombakan dan pembaharuan semula segala pemikiran Islam itu untuk dihayati dan diamalkan dengan sepenuhnya oleh seluruh massa umat Islam di dunia termasuk di Malaysia. Justeru, muncullah dalam pemikiran dan kehidupan massa umat Islam kita sekelian ini berbagai konsep Islam yang baharu – demokrasi Islam, kapitalisme Islam, sosialisme Islam, filosofi Islam, pragmatisme Islam, idealisme Islam, positivisme Islam, sedangkan kesemua “isme” ini adalah kesesatan, kerosakan dan kejahiliyahan di sisi ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Pintu ijtihad yang dibuka kembali itu sebenarnya adalah pintu yang memasuk dan menjemput kesesatan, kerosakan dan Jahiliyah yang merosakkan Aqidah dan Pemikiran Islam dan yang seterusnya merosakkan keimanan massa umat Islam kita di seluruh dunia ini.
 
Islam yang direformasikan ini mengamalkan sikap terbuka, liberal, kompromi, dan “accomodative” kepada segala pemikiran yang di luar daripada Islam – ilmu wahyu dicampur adukkan dengan ilmu akal, sedangkan ilmu akal itu adalah asing daripada Islam. Konsep-konsep kufur seperti filosofi, demokrasi, sosialisme, kapitalisme, nasionalisme, sekularisme, realisme, liberalisme dan lain-lainnya yang berbentuk ilmu akal, telah diserapkan ke dalam Islam dan dikenali sebagai filosofi Islam, demokrasi Islam, sosialisme Islam, kapitalisme Islam, liberalisme Islam, sedangkan kesemua konsep ini, walaupun setelah digandingkan dengan nama Islam, tetap kekal dengan ciri-ciri kufurnya. Massa umat Islam di dunia termasuk kita di Malaysia, dengan senang hati sahaja mengimani dan mengamalkan segala dasar dan perundangan ciptaan manusia di bawah kerajaan-kerajaan manusia yang syirik dan kufur ini sedangkan dasar-dasar Islam serta perundangan Islam diketepikan dengan sewenang-wenang sahaja, dan mereka melakukan kesemuanya ini tanpa menyedari dan memahami bahawa kesan-kesannya adalah untuk mensyirik dan mengkufurkan Allah swt. Ilmu akal dan ilmu wahyu dalam keadaan yang sebenarnya wujud sebagai satu kontradiksi di antara satu dengan yang lainnya di sisi Aqidah dan Pemikiran Islam. Ilmu akal tidak boleh dicampur adukkan dengan ilmu wahyu – satunya daripada manusia, yang satu lagi daripada Allah s.w.t .
 
Firman Allah : asy-Syura 52, 53
Dan demikianlah Kami wahyukan kepada kamu (wahai Muhammad) – al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati) dengan perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepada kamu) – apakah kitab al-Quran itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan al-Quran cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya kepada sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah pemberi petunjuk dengan al-Quran itu ke jalan yang lurus.
 
Firman Allah :an-Najm 3, 4
Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam ) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.
Segala yang diperkatakannya itu (sama ada al-Quran atau Hadith) tidak lain melainkan hanyalah wahyu yang diwhyukan kepada nya.
 
Firman Allah : al-Haqqah 44, 45, 46, 47
Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan al-Quran itu) mengatakan atas nama Kami secara dusta – sebarang kata-kata rekaan, Sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan kami, Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya ia mati dengan serta merta); Maka tidak ada seorangpun di antara kamu yang  dapat menghalang (tindakan Kami itu) daripada menimpanya
 
Firman Allah : al-Maidah 67
Wahai Rasulullah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu.
 
Ilmu wahyu adalah pemikiran, konsep, undang-undang dan sistem hidup daripada Allah s.w.t yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana dan Maha Sempurna.
 
Firman Allah : Yunus 36
Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesunguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu daripada kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan.
 
Firman Allah : al-Isra 36
Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mengetahui mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu akan ditanya apa yang dilakukannya.
 
Firman Allah : al-Hujurat 12
Jauhilah daripada kebanyakan sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa.
Ilmu akal itu adalah daripada manusia y
ang pincang dan yang tidak dapat menentukan di antara yang baik dengan yang buruk. Demokrasi adalah di antara ilmu-ilmu akal ciptaan manusia yang, mengikut firman Allah, tidak dapat menentukan apakah yang baik dan apakah yang buruk – sudah pasti amalan demokrasi akan membawa kerosakan dan kebencanaan kepada kehidupan manusia.
 
Firman Allah : al-Baqarah 232
Dan ingatlah bahawa Allah mengetahui (apa yang baik untuk kamu) sedangkan kamu tidak mengetahuinya.
 
Ilmu wahyu sahaja yang sempurna sedangkan ilmu akal adalah kepincangan, kezaliman, penindasan dan kerosakan. Tidak ada persamaan di antara ilmu akal dengan ilmu wahyu, dan taraf serta status di antara kedua-duanya adalah sangat jauh jaraknya, dan perbuatan mencampur adukkan di antara kedua-duanya untuk diamalkan sebagai satu sistem kehidupan, adalah kekufuran di sisi ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.
Ilmu akal dalam bentuk ilmu sains dan teknologi adalah ilmu Islam kerana ia berasal dan diciptakan oleh Allah s.w.t. Peranan akal manusia hanyalah terhad setakat untuk mempelajari, menemui dan mengaplikasikan segala ilmu Allah dalam bidang sains dan teknologi yang diciptakan oleh Allah s.w.t. sendiri. Akal manusia tidak berkemampuan untuk mencipta ilmu sains dan teknologi ini, ianya hanya hak ciptaan Allah sahaja.
 
Apa yang dimaksudkan sebagai ILMU AKAL ialah segala ilmu ciptaan manusia yang tergolong ke dalam kategori AQIDAH dan PEMIKIRAN, IDEOLOGI, KONSEP, UNDANG-UNDANG dan SISTEM, seperti demokrasi, sosialisme, kapitalisme, komunisme, nazisme, fascisme, nasionalisme, filosofi, idealisme, positivisme, pragmatisme, Kristianiti, Hinduisme, Buddhisme, dan berbagai isme lagi yang selain daripada Allah s.w.t. Konsep demokrasi Islam, atau demokrasi cara Islam, atau demokrasi berunsur Islam atau demokrasi ala Islam kesemuanya itu adalah ILMU AKAL yang selain daripada ilmu Allah.
 
Dalam pengertian Aqidah dan Pemikiran Islam, persoalan kehidupan dalam aspek-aspek POLITIK, EKONOMI, SOSIAL dan AKHLAK adalah persoalan-persoalan AGAMA yang semestinya dirujuk dan timba daripada ilmu wahyu sahaja. Sebaliknya, Abduh dan murid-muridnya mempunyai kecenderungan untuk memutuskan bahawa aspek-aspek politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa dalam kehidupan kita ini bukanlah persoalan-persoalan agama yang perlu ditimba daripada ilmu wahyu, tetapi kesemuanya itu dianggapkan mereka sebagai aspek-aspek kehidupan yang boleh ditimba daripada ilmu akal. Justeru – ilmu, ideologi, konsep, dasar, strategi, undang-undang dan sistem Barat, seperti Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis, telah diceduk dan diserapkan ke dalam sistem kehidupan massa umat Islam secara langsung daripada Barat, dan amalannya itu dihalal dan dibolehkan oleh Abduh di atas rasionaliti untuk mencapai matlamat kemajuan, pembangunan dan modenisasi ummah. Padahal, kesemuanya itu adalah kesesatan dan kerosakan yang mengeluarkan para pengamalnya daripada beriman dengan agama Allah, dan kesesatan dan kerosakan ke atas umat Islam kita ini sebenarnya adalah MISI KUFUR yang agung untuk direalisasikan di bumi kita ini. Abduh berada dalam kesesatan dan sememangnya beliau merancang dan berniat untuk menyesatkan kita dengan total dan ketara daripada jalan yang benar, dan sejak itu lagi kita kekal dalam kesesatan dan kerosakan sehinggalah ke hari ini!
 
Firman Allah : al-Baqarah 147
Kebenaran itu adalah daripada Allah oleh itu janganlah sekali-kali engkau termasuk ke dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu.
 
Firman Allah : Hud 17
Oleh sebab itu janganlah engkau berada di dalam sebarang keraguan terhadapnya, kerana sebenarnya ia adalah wahyu daripada Tuhanmu, tetapi kebanyakan manusia tidak beriman kepada-Nya.
 
Firman Allah : al-Anaam 106
Ikutlah segala apa yang diwahyukan kepadamu daripada Tuhanmu. Tiada Tuhan melainkan Dia dan berpalinglah daripada orang-orang musyrik.
 
Firman Allah : al-Ahzab 2
Ikutlah segala apa yang diwahyukan kepadamu daripada Tuhanmu.
Solusi-solusi daripada ilmu wahyu adalah yang sebaik-baik dan sepintar-pintar solusi kerana ia datang daripada Allah swt yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana dan Maha Sempurna. Solusi-solusi ini berbentuk seragam, muktamad dan kekal abadi dalam menyelesaikan segala permasalahan manusia di setiap zaman, bagi setiap lokaliti di dunia, dan bagi apa-apa persekitaran sekalipun dengan penuh kekesanan dan kesempurnaan. Dalam fahaman Islam yang direformasikan, tidak ada keseragaman dalam cara, strategi dan solusi-solusi untuk menyelesaikan masalah-masalah manusia, dan bahawa ianya berbentuk keuji kajian (experimental), yang sentiasa berubah-ubah, penuh dengan kepincangan dan kelemahan, dan hanya telah dan akan membawa kepada penindasan dan situasi yang penuh dengan anarki dan kebencanaan.
 
Afghani dan Abduh juga mengutarakan pandangan mereka bahawa apa yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w melalui wahyu adalah sama dengan kekuatan berfikir seseorang ahli falsafah. Oleh yang demikan, sebarang pemikiran Barat hasil daripada pemikiran para sarjana dan ahli fikir Barat, seperti pemikiran Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis cetusan dan ciptaan akal manusia adalah sama dan setaraf dengan ilmu al-Quran dan Hadith – pandangan ini adalah PANDANGAN KUFUR! Lebih ketara lagi, Abduh berani menyatakan bahawa ilmu wahyu dan ilmu akal itu adalah sama-sama berbentuk ciptaan Allah s.w.t dan sama-sama bersumber daripada Allah s.w.t yang oleh itu tidak wujud kontradiksi di antara kedua-duanya. TERNYATA ABDUH MAKIN JAUH BERADA DALAM KESESATAN!
Abduh dan Rashid Redha menghalal dan membolehkan amalan dan pelaksanaan pemikiran-pemikiran Barat yang berbentuk kesesatan dan Jahiliyah, seperti pemikiran Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis, melalui pintu ijtihad yang dibuka kembali itu, di atas pandangan mereka bahawa ilmu-ilmu Barat yang moden dan progresif itu akan dapat memperbaharui dan memperluaskan minda umat Islam ke arah mencapai matlamat yang luhur dan suci murni – PEMBANGUNAN dan MODENISASI UMMAH. Abduh menekankan persoalan-persoalan STAGNASI dan PARALISIS minda massa umat Islam, serta KEMUNDURAN sosio-ekonomi mereka dan KELEMAHAN serta “SUBSERVIENCE” negara-negara umat Islam kepada negara-negara orang-orang kafir sebagai persoalan-persoalan yang menghalal dan menjustifikasikan penerimaan, penerapan dan amalan ilmu, pemikiran, undang-undang dan sistem Barat dalam menuju ke arah MODENISASI dan KEMAJUAN massa umat Islam. Abduh dan Rashid Rida menghalalkan anutan dan amalan pemikiran Barat di atas dasar maslaha dan “exigencies” untuk mencapai matlamat pembangunan dan modenisasi ummah.
 
Dalam agama Islam, tidak wujud IJTIHAD dan MASLAHAH dalam apa-apa permasalahan yang tergolong ke dalam bahagian AQIDAH. Maslahah dan “exigencies” untuk mecapai matlamat pembangunan dan modenisasi ummah tidak boleh menghalalkan amalan pemikiran Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis kerana pemikiran itu menafi dan menolak Tauhid Rububiyah dan Tauhid Uluhiyah dan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Sepatutnya persoalan-persoalan PEMBANGUNAN dan MODENISASI umat Islam hendaklah ditangani dan dicapai melalui strategi-strategi dan pemikiran-pemikiran Islam daripada Allah yang amat sempurna dan bukan melalui strategi-strategi dan pemikiran-pemikiran kufur Barat yang pincang dan rosak yang hanya membawa kepada kesesatan, kezaliman dan kemunduran.
 
Ajaran Abduh telah menyebabkan solusi al-Quran – Jihad dan Perang dalam bentuk yang OFENSIF– telah diketepi dan dihapuskan daripada kefahaman dan sistem kehidupan massa umat Islam kita! Umat Islam kita langsung tidak mengetahui mengenai kewujudan MISI ISLAM yang Maha Agung di bumi ini untuk menghapuskan kekuatan dan kekuasaan kufur yang mengabdikan manusia kepada kekuasaan manusia agar terhapusnya sistem pengabdian manusia kepada kekuasaan manusia dan untuk mengembalikan pengabdian manusia itu kepada Allah sahaja melalui Jihad dan Perang, iaitu Jihad dan Perang dalam bentuk yang OFENSIF. Islam diperintahkan supaya menyerang dan memerangi sesuatu kekuatan dan kekuasaan kufur tanpa terlebih dahulu ianya (Islam) diserang dan diperangi oleh kekuasaan kufur itu di atas prinsip untuk menghapuskan sistem pengabdian manusia kepada kekuasaan manusia itu untuk kemudiannya dikembalikan pengabdian manusia itu kepada Allah sahaja.
 
Umat Islam tidak memahami mengenai sikap dan dasar Islam terhadap kekufuran, kekuasaan kufur dan orang-orang kafir. Oleh sebab itu umat Islam kini telah menjadi pak turut kepada orang-orang kafir, umat Islam adalah umat yang pasif, lemah dan ditindas, umat Islam adalah umat yang dimanipulasi dan dieksploitasikan oleh orang-orang kafir. Umat Islam di mana sahaja di bumi ini kini, baik di Malaysia mahupun di Indonesia, adalah sama sahaja, kita berkompromi dengan orang-orang kafir, kita ikut kata-kata mereka dan segala kehendak mereka dan kita mengalah dan memberi jalan dan laluan yang mudah kepada mereka. Ini adalah kerana kita terlampau ghairah untuk menunjukkan sikap moderat dan toleransi kita. Sebarang sikap dan tindakan yang tegas terhadap mereka adalah ditakuti dan dibimbangi kita, kerana nanti kelak kita akan dicap sebagai golongan ektrimis dan pelampau yang berfikiran sempit, mundur dan ketinggalan zaman.
Inilah di antara aspek-aspek kerosakan, penyelewengan dan kehancuran ke atas Aqidah dan Pemikiran Islam akibat daripada proses pengkufuran komuniti umat Islam melalui gerakan Reformasi Islam yang dirancang, dicarta dan dioperasikan oleh British dan golongan Orientalis Barat.
 
Semasa di Paris, Afghani dan Abduh amat tertarik dengan masyarakat Eropah yang hidup dengan sistem politik demokrasi, kebebasan berfikir dan bertindak, emansipasi wanita, kemajuan sains dan teknologi, taraf sosio-ekonomi yang tinggi. Mereka bersetuju bahawa Eropah lebih berbentuk ‘Islamic’ daripada Mesir dan seluruh Timur Tengah. Pengalaman itu menjadi latarbelakang yang kuat dalam mempengaruhi mereka untuk melancarkan GERAKAN ISLAH dan modenisasi umat Islam ke arah Barat. Mereka menghalalkan segala ideologi Barat dan menggalakkan pengimpotan idea-idea Barat ke bumi-bumi umat Islam. Mereka menulis buku-buku dan majalah-majalah yang pro-Barat dan menyeru kebangkitan Islam mengikut aliran Barat. Penerbitan al-Urwatul Uthqa adalah satu usaha dan perjuangan ke arah ini. Kegiatan-kegiatan, kehidupan dan perjuangan Afghani dan Abduh, baik semasa di Paris mahupun selepasnya, adalah ditaja dan biayai oleh kufur Barat!
Allah s.w.t memperingati kita tentang usaha-usaha gigih dan perjuangan orang-orang kafir dalam menyesatkan umat Islam sejak zaman Rasulullah saw dan para nabi yang terdahulu lagi yang seterusnya ianya berulang-ulang dalam sejarah kehidupan manusia sehingglah ke zaman kita kini :
 
Firman Allah : al-Imran 69, 70, 71, 72, 73
Dan sekumpulan daripada ahlil kitab bercita-cita jika mereka dapat menyesatkan kamu dan sebenarnya mereka tidak menyesat melainkan diri mereka sendiri, tetapi mereka tidak sedar.
 
Wahai ahlil kitab! Mengapakah kamu ingkarkan ayat-ayat Allah sedangkan kamu menyaksikan (mengetahui kebenarannya).
Wahai ahlil kitab! Mengapakah kamu campur adukkan kebenaran dengan kepalsuan sedangkan kamu mengetahui.
 
Dan sekumpulan ahlil kitab telah berkata (sesama mereka) : “Berimanlah kamu kepada al-Quran yang telah diturunkan kepada orang–orang yang beriman itu di sebalah pagi dan ingkarkannya di sebalah petang supaya mereka kembali (menjadi kafir).”
 
Dan janganlah kamu percaya melainkan kepada orang yang mengikut agama kamu – katakanlah: “sesungguhnya hidayat yang sebenar itu adalah hidayat Allah – (iaitu janganlah percaya) kononnya ada seorang yang lain yang dikurniakan seperti yang telah dikurniakan kepada kamu atau kononnya mereka dapat menghujjahkan kamu di sisi Tuhan kamu. Katakanlah: “sesungguhnya limpah kurnia itu di tangan Allah. Dia kurniakan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah itu Maha Luas limpah kurnia-Nya dan Maha Mengetahui.
 
Saiyyid Qutb menjelaskan (Fizilalil Quran -Imran):
“Dalam abad-abad yang lama itu mereka – malangnya – telah memasukkan unsur-unsur palsu di dalam kitab warisan Islam yang tidak dapat dikesan melainkan dengan usaha yang memakan masa berabad-abad lamanya. Mereka telah mencampur adukkan kebenaran dengan kepalsuan di dalam kitab-kitab warisan itu kecuali kitab suci al-Quran yang terpelihara, iaitu satu-satunya kitab yang disanggupi Allah akan memeliharanya buat selama-lamanya. Syukurlah kepada Allah di atas limpah kurnia yang besar itu.
 
Mereka memasukkan unsur-unsur palsu dan melakukan pengeliruan-pengeliruan di dalam sejarah Islam, iaitu di dalam peristiwa-peristiwanya dan tokoh-tokohnya, mereka memasukkan unsur-unsur palsu dan melakukan pengeliruan di dalam Hadith-hadis Nabi sehingga Allah bangkitkan tokoh-tokohnya yang telah menjalankan penyelidikan dan melakukan pembersihan kecuali yang terkeluar daripada keupayaan manusia yang terbatas. Mereka juga telah memasukkan unsur-unsur palsu dan unsur-unsur pengeliruan ke dalam kitab-kitab tafsir sehingga mereka tinggalkannya menjadi seolah-olah satu padang gurun (ketandusan) yang hampir-hampir pengkajiannya tidak dapat kembali ke jalan yang berpedoman. Mereka terus memalsu dan mengelirukan tentang tokoh-tokoh Islam. Ratusan dan ribuan daripada mereka berusaha untuk memalsukan buku-buku warisan-warisan Islam dan mereka masih terus berbuat demikian melalui para Orientalis dan murid-muridnya yang memegang jawatan-jawatan tinggi dalam kepimpinan pemikiran pada hari ini di ngeri-negeri yang penduduknya mendakwa diri mereka sebagai kaum Muslim. Berpuluh-puluh tokoh palsu dikemukakan kepada umat Muslimin dengan gambaran pahlawan-pahlawan yang dikelolakan di bawah perhatian kaun Zionis dan Kristian untuk memberi khidmat-khidmat kepada musuh-musuh Islam, iaitu khidmat-khidmat yang tidak dapat dilakukan sendiri oleh musuh-musuh itu secara terus terang.”
 
Allah s.w.t telah membongkarkan rahsia dan tingkah laku kaum Ahlil Kitab yang berniat jahat terhadap umat Islam di zaman Rasulullah saw di dalam ayat-ayat di atas ini untuk memperingati umat Islam tentang sifat dan tabii yang semula jadi orang-orang kafir dalam menyesatkan umat Islam daripada jalan yang benar. Kejahatan dan penipuan halus orang-orang kafir itu telah berlarutan sehingga ke zaman kita kini di mana kaum Orientalis Barat dan murid-muridnya yang di antaranya turut terdiri daripada para ulama dan intelek Islam kita sendiri, seperti Muhammad Abdul Wahab, Jamaluddin al-Afghani, Abduh, Rashid Rida, Hassan al-Banna dan rakan-rakannya, dan seperti mana para ulama dan intelek Islam modenis yang terdapat di kalangan UMNO dan PAS, dan ahli-ahli akademik Islam di institusi-institusi pengajian tinggi, baik dalam negeri mahupun diperingkat antara bangsa seperti Yusuf al-Qardawi, telah dan sedang berusaha dengan gigihnya dalam perjuangan anti-Islam mereka dalam berbagai bentuk dan cara, yang didakwakan oleh mereka itu sebagai yang dilakukan dengan tulus ikhlas di atas nama dan bagi pihak Islam dan umat Islam.
 
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran -Imran):
“Pada hari ini kekuasaan-kekuasaan ini mempunyai agen-agen yang ramai di seluruh negara Islam dalam bentuk profesor-profesor, ahli-ahli falsafah, doktor-doktor falsafah dan para pengakji ilmiah dan kadang-kadang berupa penulis-penulis, penyair-penyair, seniman-seniman, wartawan-wartawan yang kesemuanya memakai nama Islam kerana mereka datang daripada keturunan Islam dan sesetengah daripada mereka terdiri daripada para ulama Islam sendiri.
 
Angkatan agen-agen itu adalah diarah untuk menggoncangkan Aqidah di dalam hati umat Muslimin dengan berbagai cara, iaitu dalam bentuk kajian ilmiah, kajian sains, kajian sastera, kesenian dan kewartawanan, melemahkan dasar-dasar Aqidah dan memperkecilkan kedudukan Aqidah dan Syariat, menakwilkan agama dengan takwilan-takwilan yang tidak dapat ditanggung olehnya (agama), melancarkan serangan yang tidak putus-putus di atas kekolotannya, menyeru manusia supaya membebaskan diri daripadanya (daripada agama Islam), meminggirkannya daripada bidang kehidupan manusia kerana bimbangkannya dari kehidupan atau bimbangkan kehidupan darinya, mewujudkan kefahaman-kefahaman, tanggapan-tanggapan, cita-cita, peraturan-peratuaran, perasaan dan perilaku yang bertentangan (dengan Islam ) atau menghancurkan kefahaman-kefahaman Aqidah Islamiah dan cita-cita mithalinya, menghiaskan kefahaman-kefahaman yang direka-rekakan itu dengan cara yang boleh merosakkan kefahaman-kefahaman dan cita-cita mithali keimanan dan seterusnya melepaskan nafsu keinginan daripada ikatan belenggunya dan menghapuskan tapak asas akhlak yang menjadi tapak tegaknya Aqidah yang bersih supaya tumbang di dalam lumpur yang mereka sebarkannya di bumi. Mereka telah memesongkan sejarah Islam dan mengubahkannya sebagimana mereka mengubahkan nas-nas yang lain.
Namun begitu, agen-agen ini masih disifatkan sebagai orang-orang Muslim. Bukankah mereka memakai nama-nama Islam? Dan dengan nama-nama Islam inilah mereka mengumumkan keIslaman mereka di waktu pagi, tetapi dengan usaha-usaha mereka yang salah itu mereka kembali menjadi kafir di waktu petang. Pendeknya, mereka betul-betul telah memainkan peranan ahlil kitab di zaman dahulu. Tiada yang berubah kecuali bentuk dan ruang lingkupnya sahaja di dalam peranan yang lama itu.”
 
Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa golongan yang berkomplot dengan orang-orang kafir dalam menyesatkan umat Islam adalah terdiri daripada para ulama dan intelek Islam kita sendiri yang mengambil alih peranan Ahlil Kitab seperti yang diperkatakan di dalam ayat-ayat di atas ini. Para ulama dan intelek Islam, sama ada PAS atau UMNO, yang memboleh dan menghalalkan amalan politik demokrasi dalam memperjuangkan Islam adalah golongan yang menyesatkan kita dan menghalangi kita daripada jalan yang benar – perkara ini adalah sesuatu yang amat serius sehingga Saiyyid Qutb mempertikai dan menafikan status keIslaman mereka, iaitu mereka ini tidak lagi layak untuk disifatkan sebagai orang-orang Islam!
 
Firman Allah : al-Imran 73
Dan janganlah kamu percaya melainkan kepada orang yang mengikut agama kamu – katakanlah: “sesungguhnya hidayat yang sebenar itu adalah hidayat Allah – (iaitu janganlah percaya) kononnya ada seorang yang lain yang dikurniakan seperti yang telah dikurniakan kepada kamu atau kononnya mereka dapat menghujjahkan kamu di sisi Tuhan kamu. Katakanlah: “sesungguhnya limpah kurnia itu di tangan Allah. Dia kurniakan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah itu Maha Luas limpah kurnia-Nya dan Maha Mengetahui.
 
Jalan untuk kembali kepada kesedaran dan kebenaran, mengikut ayat di atas ini, ialah dengan menimba langsung ilmu daripada sumber al-Quran dengan meninggalkan segala pandangan dan teori para ulama dan intelek Islam modenis bimbingan kaum Orientalis Barat seperti Abduh, Yusuf Qardawi, dan seluruh intelek Islam di dunia hari ini, dan bagi kita di Malaysia kita ini , ianya termasuklah Jakim, Yadim, Ikim, Istac, Jabatan-jabatan Agama Islam !
 
Golongan ulama dan intelek Islam kita kini, sebagai mewarisi tradisi dan ajaran Abduh dan rakan-rakannya, mempamerkan ciri-ciri negatif dalam kehidupan mereka :
 
1.    Mereka selesa untuk berada dalam situasi “subservient” kepada golongan elit sekular-nasionalis Barat yang menerajui kepimpinan negara bangsa yang syirik dan kufur, serta mereka sentiasa terdedah untuk diambil kesempatan, dieksploitasi dan dimanipulasikan oleh mereka itu (elit politik Barat);
 
2.    Bukan sahaja mereka mengalami ‘kelesuan’ dalam kepimpinan politik negara, mereka juga mengalami ‘kelesuan’ dalam menangani sebarang isu dan permasalahan dalam kehidupan beragama, dalam erti kata bahawa mereka tidak berani untuk menegur dan mengkritik, dan mereka juga tidak berkemampuan untuk memikir dan mengkonsepsikan idea-idea yang bernas dan strategis – mereka menerima sahaja segala dasar dan pandangan agama, serta segala program agama yang dilaksanakan oleh elit politik sekular Barat;
 
3.    Mereka menyesatkan seluruh umat Islam dengan pandangan-pandangan sesat mereka yang menghalalkan demokrasi dan membolehkan amalan politik demokrasi – mereka mendakwa bahawa politik demokrasi ini adalah politik Islam serta mereka mempromosikan berbagai-bagai program Islamisasi dalam memaju dan mengembangkan agama Islam di kalangan massa umat Islam melalui proses politik demokrasi;
 
4.    Melainkan ijtihad untuk menghalal, mengembang dan merealisasikan amalan fahaman Reformasi Islam, pintu ijtihad sudah lama tertutup dan keadaan itu berterusan sehingga kini.
 
Mereka sentiasa berada di barisan belakang, mereka tidak mempunyai keyakinan untuk mara ke hadapan, mereka tidak berada dalam barisan kepimpinan yang utama dalam mana-mana pertubuhan, pergerakan atau parti politik. Mereka leka jadi ‘pak turut’. Bukan kerana sifat dan personaliti yang merendah diri, tetapi mereka mengidap penyakit “inferiority complex”. Mereka tidak boleh memimpin dan tidak boleh jadi pemimpin. Di majlis-majlis rasmi kerajaan, mereka diberi penghormatan sebagai tukang baca doa. Mereka menagih restu dan pengiktirafan daripada golongan yang berkuasa dan memerintah. Apabila sudah mendapat tempat dan pangkat serta diberi penghormatan dengan menyandang berbagai-bagai gelaran kenamaan, cita-cita mereka sudah terkabul dan “career” mereka sudah sampai di garisan penamat. Mereka sudah bersedia untuk mati padahal Jahiliyah masih berleluasa dan berkuasa.
 
Mereka tunduk, taat dan patuh kepada golongan elit Muslim yang berorientasikan Barat, mereka bersetuju dan menyokong segala idea dan pemikiran mengenai politik dan sistem kehidupan yang disuarakan oleh golongan ini, mereka mengatakan bahawa Islam Hadhari adalah betul, program Islamisasi adalah betul, apa sahaja program kerajaan mereka kata betul – mereka tidak mempunyai pendirian sendiri !
 
Amerika telah membentuk satu organisasi, “Center For The Study of Islam and Democracy (CSID)” yang berpusat di Washington DC, USA pada tahun 1999 yang dianggotai oleh ahli-ahli lembaga pengarah yang terdiri daripada para intelek Islam dan tokoh-tokoh Orientalis yang terkemuka. Tujuan CSID ialah untuk menyebarkan dakyah kafir kepada seluruh umat Islam di dunia bahawa demokrasi ini, daripada argumentasi-argumentasi dan pandangan-pandangan Islam, adalah bersesuaian dengan Islam. Begitu juga beberapa pertubuhan yang lain seperti “Conflict Prevention And Resolution Forum” (CPRF), “United States Institute of Peace” (USIP), “International Institute of Islamic Thought and Civilisation” (IIISTAC) adalah ditubuhkan oleh Amerika dengan tujuan untuk mengawal dan membenteras fahaman dan pergerakan-pergerakan Islam yang radikal dan revolusyeneri supaya Islam dan umat Islam mengalah dan tunduk kepada kufur dan kekuasaan-kekuasaan kufur. Sehubungan dengan ini, IKIM dan IIISTAC yang juga ditubuhkan di Malaysia adalah untuk tujuan dan matlamat yang sama – membantut dan membenteras kebangkitan Islam yang radikal dan revolusyeneri.
 
Firman Allah : at- Taubah 32
Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam ) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka.
 
Pada zaman kita kini, orang-orang kafir tidak berjaya untuk mengeluarkan orang-orang Islam secara langsung daripada agama Islam untuk menganuti agama-agama Kristian, Hindu, Budha, Yahudi, atau agama-agama kufur yang lain, tetapi mereka telah berjaya dalam mengekalkan massa umat Islam untuk terus menganuti dan berada dalam agama Islam, tetapi agama Islam yang Aqidah dan Pemikirannya telah rosak binasa dan sesat daripada jalan yang benar. Kaum kafir telah berjaya dalam melakukan kesemuanya ini dengan, mengikut ayat di atas ini, mulut mereka, iaitu dengan idea-idea sesat rekaan dan ciptaan mereka yang disebar dan dikembangkan oleh para ulama dan intelek Islam kita sendiri.
 
 
Sekian, terima kasih.
 
 
Wan Solehah al-Halbani
Advertisements
 
1 Comment

Posted by on September 3, 2011 in Uncategorized

 

One response to “REFORMASI ISLAM

  1. Yus

    November 7, 2011 at 1:59 PM

    A’kum Ustazah,

    1. Saya menghargai perjuangan Ustazah.
    2. Tetapi ada bab-bab dalam artkel Ustazah yang saya kurang bersetuju. Ekstrim sangat.
    3. Daripada kutuk orang kafir, saya rasa baik kita mendidik orang-orang muda kita sendiri yang berkelakuan tak baik sehingga dipandang rendah (http://kaki3gp.com/blog)
    4. Kalau kata-kata ekstrim sangat, nampak macam Ustazah sendiri yang hipokrit sangat. Contoh paling baik, kita sedang menggunakan teknologi orang kafir untuk berinternet.
    5. Lagipun, blog bukan amalan islam dan bukan budaya orang Melayu. Ia adalah permainan orang barat.
    6. Ustazah sendiri pikir-pikir kan la.

    Yus

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: